Rasa yang Panggil Anda Datang Lagi

Medan Selera Pandan Indah, Ampang | Waktu: Isnin–Sabtu, 4 PM–12 AM

Datang & Rasa Perbezaan

Kualiti + Rasa = Kenangan

 

Di RotBar, setiap hidangan disediakan dengan penuh perhatian — dari roti bakar yang garing & sempurna, sehingga pasta yang digaul dengan sos pekat dan penuh cita rasa. Di sini, setiap suapan bukan hanya untuk mengenyangkan perut — tapi untuk menggamit rasa, menambah mood dan menjadikan setiap kunjungan berbaloi.

Kenapa Anda Wajib Singgah?

1. Bahan Terbaik & Sentuhan Teliti

Kami tak tergesa-gesa. Setiap roti, sos, hingga sambal dititikberatkan—kerana rasa yang betul datang dari usaha sebenar.

2. Konsistensi Setiap Hari

Datang petang ke sini, anda akan dapat rasa yang sama sedap seperti selalu — tidak pernah menurun, hanya menambah rindu.

3. Menu Ikut Mood Anda

Mahu start dengan something ringan? Roti bakar memanggil. Rasa nak makan kenyang? Pasta creamy atau western plate sedia penuhi selera anda.

4. Vibe Kafe, Kemesraan Foodcourt

Hiruk-pikuk foodcourt, tapi rasa macam rilaks dalam kafe. Duduk, lepak, and biar rasa dan suasana bercerita sendiri.

Makanan sedap belum tentu buat orang ingat ,

tapi layanan yang ikhlas, insyaAllah akan melekat.